All She Knows

Thursday, December 9, 2010

Zaman keseronokan yang tiada bandingan :D

Assalamualaikum dears :D


sekolah dan nak start tapi revision tak buat . asyik online, tengok tv, makan , tidur dan ulang perkara yang sama . otak ni dah rasa lembab tahap siput khinzir . nak menulis tangan dah mengigil macam dapat results PMR . apa kau tak ingat ke Izlyn tahun depan nak PMR ?

macam tulah kehidupan aku semenjak cuti . orang cuti sekolah pergi jalan-jalan aku duduk rumah . nak holiday nak holiday nak holiday ! *panggg satu tamparan hinggap di pipi sebab buat bising *


disebabkan tangan ni gatal jugak nak menghupdate walaupun tak ada idea korang bacalah juga ya apa yang aku membebel .jangan salahkan aku kalau entri tak best tapi salahkan tangan sebab dia menekan .

dulu kecik-kecik aku ni bukanlah seorang yang berani . bukan kaki rayau , kaki pukul , kaki buli dan kaki ayam . tapi aku adalah budak yang sering dibuli . pengalaman dibuli memang banyak tapi aku cerita dekat lain entri :D

lupakan kisah sedih mari kita cerita pasal kegembiraan . waktu dulu mana ada internet bagai ni . Komputer pun tak kenal sangat apa lagi Internet . walaupun tak ada itu semua kehidupan aku tetap berwarna-warni . tak macam budak-budak sekarang jiran sebelah rumah pun tak kenal .

dulu aku selalu main teng-teng , main tanglung malam-malam dan yang paling best main kejar-kejar . aku bukanlah duduk dekat bandar aku hanya duduk di Sungai Pelek yang semua orang berperangai pelik .


Pernah satu hari time tengah golek-golek tengok TV dengan puan mama aku dok usha dekat luar tengah hingar-bingar macam pasar malam . depa dok main kejar-kejar , sorok-sorok dan segalanya . memang syok habis . dah habis usha aku pergi dekat puan mama ingat nak suruh buka pintu sebab time tu kocik lagi tak sampai nak bukak pintu . aku pergi dekat-dekat dah tengok puan mama tertidur . aduh macam mana nak keluar ni ? try juga panjat grill tapi tak sampai . macam-macam aku buat tapi still tak boleh keluar . aku nekad nak buat juga benda ni . dengan mengumpul segala suara yang ada aku pun menjerit

"Amir tolong bukak pintu aku nak keluar !"


ambik kau tak padan dengan kecik nak jerit-jerit panggil orang suruh bukak . dah tu bukan nak suruh perempuan yang tolong bukakan aku pi panggil lelaki . Gatal tak aku ;) nasiblah si Amir ni nak tolong bukak kan kalau tak aku terpaksalah intai dari jauh .

macam aku cakap aku bukan dibesarkan di bandar . aku hanya dibesarkan di sebuah pekan di Sepang yang dipanggil Sungai Pelek . Tapi aku bukan anak jati Selangor sebab aku lahir dekat Negeri Sembilan :)

Hujung minggu community puan mama selalu picnic dekat Bagan Lalang . best gila time tu sebab boleh jumpa scandal-scandal *gatal* boleh jumpa kawan-kawan gedik . tapi satu yang aku tak pernah buat walaupun jarak rumah aku dari Bagan Lalang hanya 5 km iaitu mandi laut dekat Bagan Lalang .mula-mula aku tak tahu kenapa puan mama dan encik abah tak kasi bila dah besar baru aku faham yang Bagan Lalang bersambung dengan Port Dickson dan Morib dekat Morib ada babi . Tahi babi salur dekat sungai keluar dekat laut sampai dekat Bagan Lalang .
Mesti tak faham kan meh aku short kan

conclusion : Bagan Lalang air tak bersih sebab ada najis khinzir .


Dah faham ? bagus ! banyak benda aku nak cerita tapi sampai sini dulu ya . Nantikan sambungannya :)



kartun kegemaran aku The Pink Panther !