All She Knows

Saturday, December 25, 2010

New Refreshment

Assalamualaikum readers :D





walaweyh dah lama aku tak update blog . kalau korang perasan aku dah tak update lebih kurang seminggu . rindu aku tak ? kalau tak pi tekan button X dekat atas tu . sebenarnya banyak benda aku nak cerita sepanjang aku menyepikan diri ni . aku nak cerita pasal adik aku sunat , aku jalan-jalan pi Terengganu dan macam-macam lagi . semua tu aku akan cerita kalau aku rajin lah ok .


sebelum tu nak tanya how's your holiday ? where did you go ? ini soalan biasa akan di dengar bila start sekolah . cikgu-cikgu sibuk nak tanya pergi mana cuti sekolah .baca buku ke tak ? and others soalan yang biasa akan aku dengar bila bukak sekolah .tahun ni aku tak ada holiday dokek mana-mana . just balik kampung je . yelah aku tak macam korang jalan dokek luar negara .


apa macam kawan-kawan baju sekolah dah beli ke belum ? kalau tak beli tak kan nak pergi sekolah pakai jeans dengan t-shirt sambil pakai selipar jepon . tak pasal-pasal nanti kena kejar dengan cikgu displin . lagi-lagi yang satu sekolah dengan aku . cikgu-cikgu displin memang tergarang dari ladang wok !

lagi 9 hari aku akan mengalami transformasi bukan transformers okay ! lagi 9 hari aku dah tak boleh bangun pukul 10 pagi dan mandi pukul 12 . sebab lagi 9 hari aku akan ke sekolah pagi .
dah dua tahun aku sekolah petang lagi 9 hari kena pergi sekolah pagi aku kena bangun pukul 6 sebab nak berebut toilet dengan puan mama . encik abah dan adik .

kalau dulu aku tidur pukul 3 pagi lagi 9 hari aku kena start tidur pukul 10 . dah tak boleh berfoya-foya main fesbuk tengok TV bagai ni . kalau tak mahu aku tertidur dalam kelas . lepas tu dating dengan cikgu displin pasal tidur dalam kelas .

Last but not least to all my readers happy 2011 . mari kita semua tanam azam untuk berjaya . jangan tanam-tanam tapi tak bertunas . paham tak maksud aku ? kalau tak paham korang pikirlah sedalam-dalamnya okay ! buat PMR candidates 2011 jom sama-sama kita usah supaya mendapat 8 A/ 9 A dalam PMR . Amiin ..





I wish you have a best year for this year and next year and until forever . May Allah bless you :)