All She Knows

Sunday, April 13, 2014

Tulisan Dari Hati

Assalamulaikum semua =)

Mari kita mula dengan ayat klise . Dah bersarang kann blog ni macam melukut di tepi gantang dan tak ada siapa nak layan . InshaAllah mulai dari post ini akan aku update dengan kerap . Harap harap impian ini tak seperti hangat hangat tahi ayam . Aku tahu blog ini tak ada siapa yang baca . Namun aku berharap satu hari nanti , bila aku sudah tiada *sambil nyanyi lagu Hujan*  keluarga dan teman rapat aku akan tergerak hati untuk baca blog ni . Haishhh things getting serious lah pulak . Okay result spm dah keluar . Hmmm result aku boleh lahhh . People might think result aku tu kira bagus dah tu but bagi aku result aku tak mampu membuat mama abah rasa bangga kerana membesarkan aku . Mama abah i am trully sorry because i am not being a good daughter to you guys .

Bila result keluar , aku macam hilang arah tujuan . Dulu nekad bukan main nak ambik law dekat UK . But bila tengok result balik , terfikir , ada harapan ke aku ni nak ke UK . Layak ke aku ? Macam macam anasir negatif muncul . Sampaikan aku yang dulu confident level okay jadi macam lost . Hmmm . Aku tak tahu nak cakap macan mana .

Aku dari dulu sampai sekarang aku memang nak jadi Peguam . Bila di tanya kenapa ? Aku sendiri tak dapat jawab . Tapi peguam memang minat aku dah aku berdoa agar Allah memnudahkan urusan aku untuk menjadi peguam . Amin .

Aku ada satu masalah , aku sering sakit kepala dan aku tidak tahu puncanya . So mulai dari saat ini , aku akan coretkan segala kenangan aku . Andai kata satu hari nanti Allah tarik ingatan aku , semoga blog ini mampu menjadi jambatan aku mengingati masa laluku .

Sesungguhnya , kehidupan kita ini singkat dan aku mahu memanfaatkan ia sepenuhnyaa .

Salam sayang , Cahaya Keadilan

Monday, January 20, 2014

Halaman baru

Assalamualaikum =)

Phew dah 2014 sekarang . So aku usia dah tambah satu kat belakang tapi apa aku kisah . Sebab kita tak ada kuasa nak halabg waktu dan sampai bila kita nak berhenti di umur yang kita nak . Okay dah serious pulak . Aku dah lama tak update blog and dah lama tak ada gambar . Hari ni aku tayang muka aku . Hewhewhew .

Pipi kembang semangkuk , dagu makin bulat tapi apa ada hal . Right now , 2014 i'm officially school leaver . Yeayyyy !!! Tapi , kegembiraan tu sekejap je . Dah 2 bulan ni duduk rumah haishhh memang tak berkualiti langsung .

Wuu wuu okay rindu brassi 1 . Aku dah tak ada benda nak cakap . May 2014 adalah tahun yang baik untuk aku dan semoga kejadian 2013 tak berulang kembali pada tahun ni

Cahaya

Tidak terdetik walau sekali ,
Untuk aku mengalami ini ,
Tidak termimpi walau seribu mimpi,
Untuk aku berada di sini ,
Lelah ku kini menyepi ,
Sakit ku kian berbaki ,
Aku akui hatiku sakit ,
Menanggung luka yang perit ,
Yang hanya Tuhan memahami ,
Ceria riangku di siang hari ,
Hanya topeng hiasan untuk mereka ,
Namun di malam hari ,
Aku tanggalkan topeng itu ,
Terpapar seribu kepahitan ,
Terpahat di wajah hina ini .
Mentari melabuhkan tirai ,

Bulan muncul membawa cahaya ,
Menerangi malam yang kegelapan ,
Walaupun kini ku rasakan dunia ku kelam,
Aku berdoa semoga Tuhan datangkan cahaya ,
Yang mampu menerangi kegelapan ku ini.

Kerana aku insan biasa ,
Mengharap dan terus mengharap ,
Agar kehidupan yang aku lalui ini ,
Petanda Tuhan menyayangiku,
Biarpun seribu manusia menyalahkanku ,
Aku berharap Tuhan tidak berhenti memberikan cahaya-Nya kepadaku ,
Kerana aku memerlukan-Nya .