All She Knows

Monday, January 20, 2014

Halaman baru

Assalamualaikum =)

Phew dah 2014 sekarang . So aku usia dah tambah satu kat belakang tapi apa aku kisah . Sebab kita tak ada kuasa nak halabg waktu dan sampai bila kita nak berhenti di umur yang kita nak . Okay dah serious pulak . Aku dah lama tak update blog and dah lama tak ada gambar . Hari ni aku tayang muka aku . Hewhewhew .

Pipi kembang semangkuk , dagu makin bulat tapi apa ada hal . Right now , 2014 i'm officially school leaver . Yeayyyy !!! Tapi , kegembiraan tu sekejap je . Dah 2 bulan ni duduk rumah haishhh memang tak berkualiti langsung .

Wuu wuu okay rindu brassi 1 . Aku dah tak ada benda nak cakap . May 2014 adalah tahun yang baik untuk aku dan semoga kejadian 2013 tak berulang kembali pada tahun ni

Cahaya

Tidak terdetik walau sekali ,
Untuk aku mengalami ini ,
Tidak termimpi walau seribu mimpi,
Untuk aku berada di sini ,
Lelah ku kini menyepi ,
Sakit ku kian berbaki ,
Aku akui hatiku sakit ,
Menanggung luka yang perit ,
Yang hanya Tuhan memahami ,
Ceria riangku di siang hari ,
Hanya topeng hiasan untuk mereka ,
Namun di malam hari ,
Aku tanggalkan topeng itu ,
Terpapar seribu kepahitan ,
Terpahat di wajah hina ini .
Mentari melabuhkan tirai ,

Bulan muncul membawa cahaya ,
Menerangi malam yang kegelapan ,
Walaupun kini ku rasakan dunia ku kelam,
Aku berdoa semoga Tuhan datangkan cahaya ,
Yang mampu menerangi kegelapan ku ini.

Kerana aku insan biasa ,
Mengharap dan terus mengharap ,
Agar kehidupan yang aku lalui ini ,
Petanda Tuhan menyayangiku,
Biarpun seribu manusia menyalahkanku ,
Aku berharap Tuhan tidak berhenti memberikan cahaya-Nya kepadaku ,
Kerana aku memerlukan-Nya .