Assalamualaikum =)
Phew dah 2014 sekarang . So aku usia dah tambah satu kat belakang tapi apa aku kisah . Sebab kita tak ada kuasa nak halabg waktu dan sampai bila kita nak berhenti di umur yang kita nak . Okay dah serious pulak . Aku dah lama tak update blog and dah lama tak ada gambar . Hari ni aku tayang muka aku . Hewhewhew .
Monday, January 20, 2014
Halaman baru
Cahaya
Tidak terdetik walau sekali ,
Untuk aku mengalami ini ,
Tidak termimpi walau seribu mimpi,
Untuk aku berada di sini ,
Lelah ku kini menyepi ,
Sakit ku kian berbaki ,
Aku akui hatiku sakit ,
Menanggung luka yang perit ,
Yang hanya Tuhan memahami ,
Ceria riangku di siang hari ,
Hanya topeng hiasan untuk mereka ,
Namun di malam hari ,
Aku tanggalkan topeng itu ,
Terpapar seribu kepahitan ,
Terpahat di wajah hina ini .
Mentari melabuhkan tirai ,
Bulan muncul membawa cahaya ,
Menerangi malam yang kegelapan ,
Walaupun kini ku rasakan dunia ku kelam,
Aku berdoa semoga Tuhan datangkan cahaya ,
Yang mampu menerangi kegelapan ku ini.
Kerana aku insan biasa ,
Mengharap dan terus mengharap ,
Agar kehidupan yang aku lalui ini ,
Petanda Tuhan menyayangiku,
Biarpun seribu manusia menyalahkanku ,
Aku berharap Tuhan tidak berhenti memberikan cahaya-Nya kepadaku ,
Kerana aku memerlukan-Nya .