All She Knows

Monday, December 9, 2013

Tuhan masih sayang ~

Assalamualaium semua .
 
Alhamdullilah SPM dah habis . Hidup pun boleh lah . Jadual tak padat mana hari hari dihabiskan dengan makan minum dan tidur . Dah dekat setahun tak menaip dah Parkinson  dah tangan ni . Idea tak banyak tapi nak juga menaip . Tahun ni hidup aku penuh dengan pancaroba . Jatuh terhempas seperti kaca dihempaskan ke dinding . Walaupun aku sudah berdiri kini tapi parut luka masih ada dan akan kekal sehingga akhir hayat .
 
Hidup tidak selalu diatas dan bukan sentiasa di bawah . Kadang-kadang kita persoalkan ketentuan Ilahi namun kita harus mengetahui bahawa kita hanya seorang hamba yang lemah dan memerlukan-Nya untuk berdiri .
 
Aku sudah penat mengeluh dan fikiranku sudah lemah untuk memikirkan perkara yang tidak berkesudahan . Sudah cukup air mata ini mengalir dan aku ingin gagahkan kaki ini menentang seribu dugaan .
 
Aku ada hobi baru iaitu tulis puisi . Dengan puisi sahaja mampu aku luahkan segalanya . Moga suatu hari nanti aku diberi kekuatan untuk  menempuhi segala dugaan .
 
 


Merekalah yang ada ketika jatuh bangun aku di SESERI . Sesungguhnya hanya Allah mampu membalas jasa kalian . Aku rindu korang semua ~


Mama abah dan adik tanpa kalian aku tidak mungkin dapat menempuhi hidup dan kalian orang terpenting dalam hidupku .


 p/s : Nanti kita cerita yang seronok pulak k