All She Knows

Friday, December 3, 2010

Tudung dan Menutup Aurat

Assalamualaikum :)

agak korang rasa ok tak kalau aku pakai tudung . yelah aku rasa memang nak pakai tudung tapi tak bersedia. mak cik aku selalu tanya " Lin , lin dah period bila lagi nak pakai tudung ?" aku akan jawab dengan jawapan selamat iaitu " InsyaAllah nanti Lin pakai "

tengok aku ayat pergh memang jawapan selamat. kadang-kadang kawan-kawan aku suruh aku pakai tudung tapi aku diam je . sebenarnya bukan aku tak nak pakai tudung dalam keadaan aku tak rela . ya memang perempuan wajib menutup aurat tapi kalau sekejap pakai sekejap tak pakai tak guna juga kan . kalau pakai tudung tapi pendek nampak rambut pakai baju sendat macam sarung nangka tak guna jugakan . kalau pakai tudung tapi dye rambut tak guna jugakan .

aku bukan pandai sangat dalam bab agama ni sebab aku juga tak perfect . tapi bagi aku bila kita dah betul-betul tekad nak pakai tudung biarlah kita pakai untuk selamanya. jangan pula sekejap pakai sekejap bukak . dan lagipun sekarang tudung berpesen-pesen dan ramai sekarang perempuan yang bertudung . Alhamdullilah ramai yang bertudung .


tapi aku nak tegur sikitlah dari pengamatan aku ada yang bertudung tapi baju lengan pendek . bukankah itu juga aurat ? walaupun aku tak pakai tudung baju aku tetap lengan panjang . kalau aku pakai lengan pendek puan mama dan encik abah akan suruh aku naik bilik pakai inner .


okey lagi satu pengamatan aku ada certain-certain woman yang pakai tudung tapi nampak rambut . mean bukan rambut depan yang terjojol keluar tapi rambut belakang . bukankah itu juga aurat ? mungkin rambut dia panjang itu sebab kalau ikat pun still nampak rambut .

aku menulis dekat sini bukan nak berlagak pandai . nanti mesti ada certain people kata dia tak pakai tudung lagi teruk dari orang pakai tudung . itu semua tidak mengapa . katakanlah apa yang anda suka kerana saya dalam perubahan menjadi muslim sejati .

walaupun saya tidak bertudung saya jaga solat saya . walaupun saya tidak bertudung saya jaga puasa saya dan walaupun saya tidak bertudung saya jaga akhlak saya kerana saya percaya satu hari nanti saya akan jadi muslim yang sejati dengan izin Allah

tiap-tiap hari saya berdoa agar Allah membuka pintu hidayah agar saya berubah dan ingin menutup aurat . kepada para readers yang membaca saya harap anda tidak berkecil hati dengan entri saya kali ini .


jika ingin tahu lebih lanjut pasal penjagaan aurat wanita boleh jenguk sini http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/bertudung-tapi-hanya-hipokrit.html#more