All She Knows

Saturday, December 18, 2010

Perkhidmatan kedai mamak di rumah

Assalamualaikum :D




rumah nenek aku dah macam kedai mamak sebab semua pakat datang rumah nenek aku tengok bola . sebenarnya ada kenduri sikit sempena adik aku sunat then dah habis kenduri tiba-tiba jadi kedai mamak . bila masuk je bola dalam gol semua cakap GOL sampai bergegar rumah nenek aku ni . bila bola tak dah nak dekat je masuk semua kata cepatlah masuk ! tendang jelah segala ayat-ayat standard kalau tengok bola .


aku tak tahu siapa lawan siapa sebab aku duduk dalam bilik . tapi suara memang kasi gegar rumah nenek aku . tapi aku rasa ni game Malaysia kot sebab aku keluar nampak samar-samar macam Malaysia .


tapi aku kalau tournament Malaysia kurang sikit tapi kalau FIFA WorldCup aku suka . sebab utama boleh usha kot-kot ada players yang handsome boleh aku google cari nama dia . gigihnya aku semata-mata nak tahu nama player tu .

tapi aku tak tahu kenapa sekarang ni aku dah kurang sangat nak makan dekat kedai mamak.
mungkin sebab aku ada baca blog yang cerita pasal kekotoran si mamak ni sampai kalau pergi kedai mamak aku akan teringat-ingat pasal apa yang aku baca . terus tak jadi makan .


thanks to fatin sebab menambahkan followers dekat blog ni . thanks juga baca blog ni kepada semua readers :D