All She Knows

Wednesday, December 15, 2010

Only Girl In The World

Assalamualaikum :D




dah lama tak menghupdate blog ni bukan apa penyakit MALAS dah datang tak ada ubat yang boleh mencegah . Nyiahihi ! korang rindu dekat aku tak ? *winkwink*
bukan tak nak update tapi aku tak tahu nak tulis apa . kang aku tulis benda merapik buat penat mata korang je baca blog aku . kang ada yang kata menyosal aku baca blog budak ni :p .


sekolah dah nak start barang sekolah satu hapak pun aku tak siapkan lagi . baju sekolah tak beli ,
buku tulis dan segala alat-alat sekolahlah aku belum beli . buku teks yang cikgu bagi sebelum cuti selak pun belum apatah lagi baca . jauh panggang dari api ! karang masuk sekolah ternonong bila cikgu tanya dah buat ulang kaji ke belum . aku akan buat pengakuan exclusive kata aku tak buat revision . mahu kena sindir kata buat apa time cuti . akan aku jawab dengan berani "saya buat lemak cikgu "
siapa yang baca blog aku ni ada tak yang pernah sekolah perempuan atau ex-budak sekolah perempuan ? kalau ada aku nak tanya best tak ? aku tak ada pengalaman sekolah perempuan ni sebab dari aku tadika sampai sekolah menengah aku sekolah campur lelaki perempuan betina jantan .


tapi dari pandangan aku sekolah perempuan ni mesti tak best kan . yelah asyik tengok jantina yang sama . toleh kanan perempuan toleh kiri perempuan pandang depan perempuan pandang belakang perempuan semuanya perempuan . kiranya ONLY GIRL IN THE WORLD . mean world dekat sini umpama sekolah tu world lah .

the cheetah girls :D


tapi aku rindu dengan kawan gelak-gelak aku , kawan gila-gila aku dan kawan rayau-rayau aku .
dekat rumah ni aku gelak sorang-sorang sebab bila aku buat lawak tak ada siapa nak gelak . bila aku cerita sikit dekat adik aku pasal benda lawak dia buat bodoh je . then dia akan tanya "apa yang lawaknya " tersentap mak nyah dengar dia cakap macam tu .


nasiblah ada satu cerita ni yang sumpah lawak nak mati . aku gelak kuat gila sampai kena marah dengan encik abah sebab kalau aku gelak over nanti aku semput . memang pelik penyakit aku . tapi kalau aku dekat sekolah aku gelak je kuat-kuat sampai tersedak-sedak sebab aku tak pandai gelak ayu-ayu ni .



agak-agak korang macam aku dekat rumah gelak sorang-sorang meh ramai tengok cerita ni. comedy boots camp pukul 8 malam hari selasa ulangan pukul 12 malam dekat animax ok. sumpah kalau korang tengok cerita ni gelak sampai tak ingat dunia .


thanks to alipah and farisha sebab follow blog ini . thanks yo ! dan kepada korang baca tochee tochee sebab baca entri merepek ini :D


pictures from google :)