All She Knows

Saturday, December 18, 2010

Officially On

Assalamualaikum :D




sekarang dokek kampung sambil menikmati angin sepoi-sepoi kentut . opss salah angin sepoi-sepoi bahasa . nasiblah internet rumah nenek aku ni agak laju walaupun rumah nenek aku ni tersorok ke dalam hutan . tapi yang tak bestnya internet rumah nenek aku sekejap laju sekejap perlahan . bila dah start perlahan jangan harap dia nak laju balik .


aku ni cakap tak serupa bikin kata nanti balik kampung jarang update tapi aku ni tak tahan ma nak update jugak blog ni karang tak update followers lari T_T aku nak jugak update walaupun idea sebenarnya tak ada langsung . ok sekali lagi diulang idea tak ada langsung . tapi disebabkan ada orang tanya bila aku nak update . aku gagahkan diri jugak menghupdate blog ni sambil ketuk-ketuk kepala supaya idea keluar .


nak tanya family korang besar tak ? sepupu ramai tak ? kalau belah puan mama sepupu aku sikit je dan yang penting semua kecik-kecik . yang paling besar umur 17 tahun yang sekarang tengah baca buku untuk SPM . yang paling kecik umur 2 tahun .

Jadi kalau balik kampung aku akan buat hal sendiri dan akan online sampai internet lembab . bilalah dah lembab kita buat apa ? kita tengok tv lah . tapi aku jarang melekat dekat rumah nenek aku ni dan selalunya aku jalan-jalan pusing satu Kota Bharu dengan puan mama dan encik abah . tak adanya aku balik kampung menoreh getah , tanam padi , jaga lembu dan tangkap ayam . tak pernah aku buat semua benda ni .




bilalah izlyn nak tangkap aku ?



moo moo moo moo !



aktiviti aku hanya bangun tidur , makan , mandi , online , jalan-jalan dan ulang balik benda yang sama sampai habis cuti . tapi aku frust sebab selalu miss bila ex-6USM buat reunion . cis korang ni suka buat reunion bila aku balik kampung . first time buat reunion aku tak dapat datang sebab aku fly to bandung . second time cuti sekolah aku balik kampung , third pun cuti sekolah aku buat apa balik kampung dan yang keempat ni pun aku balik kampung . jadi kalau nak buat reunion cubalah time aku senang . suka buat time aku busy ;( kalau korang buat juga time aku busy nampaknya sampai bila aku tak pergi reunion . ok juga kan kalau aku pergi reunion time aku dah berjaya dan dah kerja . time tu nak pergi rewang dekat mana pun tak apa .


hangout dekat alamanda .


ni gambar last year bulan 11 kita orang bertiga hangout dekat alamanda . mana boleh jauh-jauh umur pun baru 13 time ni mana boleh jalan jauh . setakat alamanda sudah ! tapi tahun ini kita orang tak hangout sebab masing-masing busy .

so kepada budak-budak 6 USM yang baca blog aku lain kali reunion tu buatlah awal-awal ya !
cukup-cukup entri aku ya . tochee tochee sebab sudi baca sampai habis :)