All She Knows

Saturday, October 30, 2010

Waka waka

klung , klang , praang , pringg , tinggg , tonnnng


ok semua ini adalah soundtrack pecah pinggan baling kuali baling pisau .. tadi kita orang tengah perang piala malaysia ( ok semua itu tipu dusta ) piala malaysia dah berlalu tapi aku tak ada apa-apa feeling pun .. mak aku orang kelantan aku orang negeri sembilan .. tapi aku tak ada feeling pun nak bet dengan mak aku siapa yang menang .. ok sebelum game start mak aku kata "kalau kelantan menang mama belanja mc'd "

dalam hati menjerit kegembiraan tapi buat muka slumber saja .. yelah mana boleh buat muka excited sebab 90 minit aku dengan mak aku kena jadi musuh ketat .. tengah lawan tiba-tiba negeri sembilan jaring gol penalti .. abah dah emo-emo mana boleh masa awal-awal penalti itu gol pondan .. ok aku just tutup mulut senyap .. dalam hati harap kelantan menang sebab nak makan mc'd (nada dalam hati macam tak pernah makan mc'd )


ok sampai 90 minit kelantan 2 negeri sembilan 1 ... aku menyampah kalau tengok pemain bola sepak suka berlakon .. buat-buat cramp , sakit kepala lutut kena sepaklah so on .. benci gila .. tiba-tiba ada masa tambah 4 minit .. sebenarnya tak kisah sebab for sure kelantan menang ..ok habis 4 minit kelantan menang .. sekarang nak pergi mc'd .. ok tipu pagi esok baru pergi mc'd ..


ada persoalan yang berlegar difikiran .. kenapa penyokong malaysia ganas sangat .. kalau kalah baling mercun .. ish tak tahu ke membeli mercun umpama bakar duit ... membazirkan amalan syaitooooooooon ( sila baca sekali lagi dengan nada syaiton itu di pekatkan kalau tak buat dosa )
bukan nak kata apalah cuba kita tengok kalau luar negara punya game tak ada pun sampai baling mercun .. setakat jerit sudahlah .. itu antara sebab kenapa aku kadang-kadang menyampah tengok malaysia main .. kalau nak suruh aku tengok game malaysia jaga manners ok .. baru aku tengok ;)


RSVP : 2014 world cup .. nak tengok kat kedai mamak !!

Season in the sun

Assalamualaikum buat semua readers ,


kepada followers yang sebelum ini follow blog gosipwithmenow.blogspot.com telah saya tukar kepada link baru ini antikacanghijau.blogspot.com .. sorry for doing this sebab dah rasa tahap menyampah campur benci dengan link itu .. antara sebab saya memilih link ini sebab-sebabnya kana saya kemukan di bawah ;


1) diakui bahawa saya bukan penggemar sayur sebab itu link macam ini .. sayur yang paling dibenci tahap gaban adalah kacang hijau .. pernah dengar kacang hijau tak .. alah , kalau masak nasi goreng ke masak ayam masak merah mesti ada .. nama omputih dia kacang peas .. kalau makan nasi goreng mesti ketepikan kacang hijau ini .. buktinya bila tengah makan nasi goreng tapi tak perasan kehadiran 'dia' di dalam timbunan nasi dah masuk dalam mulut mesti terasa lain .. cepat-cepat masukkan jari dalam mulut keluarkan 'dia' .. dah keluarkan mesti orang jeling-jeling cakap " pengotornya budak ni .. aah lah dah masuk dalam mulut keluarkan ish pengotor betul .. kalau dia adik aku , aku tak nak mengaku adik "
ish hangpa ni lantak cheklah nak buat apa .. hangpa dok menyibuk apa pasai .. daripada aku telan kacang hijau itu aku lebih rela keluarkan dan dilabelkan sebagai pengotor..


2) warna hijau adalah warna yang paling di anti .. walaupun rumah sukan warna hijau tapi itu bukan saya minta ok .. tapi saya suka environment yang hijau tapi baju , seluar , seluar tut , c*** dan kasut memang akan di jauhi .. sebab bagi saya hijau itu umpama toyol ,katak so whatever ..
kepada sesiapa yang menggemari warna hijau saya minta maaf ok ini pendapat saya so anda kenalah belajar menerima pendapat orang ..


3) walau apa pun terjadi saya tetap tak suka warna hijau ok


kesimpulannya hijau bukan warna favourite dan kacang hijau bukan sayur kegemaran tapi kepada yang suka kacang hijau dan warna hijau janganlah marah saya ok .. ini pendapat saya dan harap anda berfikiran terbuka dapat menerima pandangan saya tentang ini .. ok fullstop bye!!